Friday, 9 December 2011

Saye nasihat kan awak supaye jgn putus tunang dengan saye....

Sebelum saye bagi pesanan dekat tunang saye biar la saye cerita serbe sedikit tentang pesanan nie....
Minggu lepas dia balik dari UITM shah alam ke  UITM kuantan selepas pergi pertandingan bahas baru2 nie... Seminggu tahan rindu tak msg n call bertanyer khabar... kate balik petang ahad... but tiba2 tukar jadual balik 12 tgh mlm.... kat situ jugak la dia start bergaul dgn lelaki bukan mahram.... first time keluar picture kat fb dia ngan sebelah lelaki.... Aku haritu terus rase marah n kecewa dengan sistem yg dibuat oleh pihak UITM... bercapur lelaki dan perempuan.... aktiviti boleh diteruskan selepas 10 malam walau pun terdapat undang2... berlinang air mate aku tgk keadaan dia coz aku sendiri tak boleh buat aper2... lelaki uitm mane ntah added photo dia kat fb pastu tag name dia... terpikir plak aku.. perempuan jenis aper nie boleh share picture dgn lelaki bukan mahram... sedang aku sendiri tak pernah ader simpan gambar dia dan amik gambar dia, murah nyer maruah dia... Aku tahu sume nie sebab aku hack fb account dia... kerane dia block aku dari tgk photo dan wall post dia..... aku ingat dgn care nie aku boleh tahu ape aktiviti dia... tapi yg aku dpt cume linangan air mate aku sendiri... aku tak tahu mcm mane aku boleh menangis dgn tgk picture dia... tapi aku rase mcm bukan dia...hmmm... SUBHANALLAH... pada hari ahad tu... dia bertolak pukul 12.30 mlm... menaiki bas UITM... dan sampai ker kuantan pukul 5.30... mlm tu aku tak boleh tido coz risau kan dia... dah sampai ker belum,selamat ker tidak,... tapi sebab risau tulah mlm tu aku berpeluang beribadah... ALHAMDULILLAH... sambil tunggu dia reply msg or call... sambil tu lah aku mengaji dan solat sunat.... mase kau mengaji sedar tak sedar sampai pagi.... hilang suare aku.... subuh awal haritu...huhuhuhuhuhu... selepas solat subuh, aku pun msg n call dia... tapi tak berjawab... aku pikir mungkin tgh solat la nie... tapi sampai pukul 9.30 baru dia reply... dia sampai 5.30 n terus tidur.. aku pun tanyer sempat subuh tak... dia jawab dgn selambe ngan ketawa kecil... mestilah tak sempat.. tak sedar... lagi sekali aku menangis... hmmmm.... kelas dia haritu sampai pukul 11 mlm dan haritu dia tidur awal coz letih... esok hari nyer dia call aku nak tgk wayang dengan kawan2.... bangga nak masuk 3 kali wayang tu... hati aku dah tak sedap.... PESANAN PERTAMA : (awak tu dah baper hari tak masuk kelas, nanti study la ok... rehat la cukup2 ok...)  pastu seharian senyap... esok hari nyer dia call ckp nak tgk wayang lagi nak tgk breaking dawn...malam tu dia order burger nak sos tomato.. but abg terlupa n letak sos cili.. kejadia nie dah beberape kali berlaku aku pun marah la dia... kenaper menggatal sgt nak beli kat tempat same.. coz dia tak mkn mlm tusame la hari berikut nyer... nak tgk wayang lagi... kali nie ombak rindu...tapi harinie dia msg dia kurang sihat.. lagi la aku risau... PESANAN KEDUA : (aisya rehat la, asyik tgk wayang jer... bile nak cukup rehat,bile nak study...) dia jawab nanti la ok... bile habis tu.. dia msg dia demam... PESANAN KETIGA : (aisya balik la campus terus... solat pastu tidur n rehat ok) dia ckp ok... but aku msg housemate dia n housemate dia ckp tak balik2 lagi... mlm tu dia msg aku dia sakit... aku buat tak tau jer la(mogok)... esok pagi nyer member dia call aku ckp aisya masuk hospital... ASSTAGHFIRULLAH- AL AZIM .... aku terus memecut pergi ker kuantan from kuala lumpur dgn hati yg kecewa n sedih n marah..... sampai jer kat sane... aku tgk dia tgh rehat n muke pucat sambil teman ngan kawan2 dia...  assalamualaikum... bile dia pandang aku.. dia terus menangis

Sebelah dia
aku: aper pengajaran yg awk dpt. 
aisya: tak tahu 
aku: pikir la sikit....
aisya: jage kesihatan 
aku: salah... 
aisya: habis tu aper dia 
aku: sentiasa bersyukur,allah nak bagi peringatan n ujian tu.. dia nak cuci dosa awak. 
(beberape minit menasihat)
aisya: awk nie...! saye sakit nie jgn la nak membebel plak.. 
aku: bukan membebel... tapi nak bagi awak nasihat... 
aisya: awak nie membebel panjang2 tapi tak der satu pun awk ckp yg awk sayang saye..? 
aku: kenaper saye membebel plak..? saye nak bagi awk nasihat 
aisya: sume nasihat awk, sume nyer aisya tahu...
aku: tapi kenaper tak buat..?
aisya: mane la aisya tahu..!
aku: satu pun nasihat saye awk tak ikut kan...
aisya: biar la(menggedik) tak payah ikut pun tak per.... awk tak sayang pun kan kite... dari tadi membebel jer...!!!
aku: saye nasihat kan awk.... supaya pertunangan kite nie diterus kan...
(sambil mencabut cincin dan berlalu pergi)


setelah tindakan aku... hampis sebulan parent dia pujuk parent aku supaya pujuk aku...
merayu mcm2.... tapi aku jawab satu jer... aku takut dia jadi isteri yg menderhaka kat suami...  
sekian.....


SINGLE LA MR.APY sampai sekarang.... (n_____n)''


Wednesday, 30 November 2011

Perbezaan Kita dengan Para Sahabat

Sahabat r.a. merupakan golongan yang diredhai oleh Allah semasa mereka berada di dunia lagi. Rapat dan hampirnya mereka dengan Rasulullah SAW membuatkan mereka sangat faham tentang agama; merekalah sahabat, merekalah ulamak.


Banyak perkara yang amat membezakan kita dengan para sahabat. Berikut merupakan secebis sahaja yang dapat dinukilkan di ruang yang terbatas ini. Mari kita sama-sama muhasabah diri kita yang hina ini di sisi Allah SWT...


1. Para sahabat pengsan-pengsan ketika mengambil wudhuk kerana terlalu takut dan gentar untuk menghadap Yang Maha Berkuasa. Tapi ada di antara kita buat dek je kan? Bukan saja tak pernah pengsan ketika nak menghadap Ilahi, yang tinggal solat pun bersepah-sepah.


2. Solat Saidina Ali r.a. begitu khusyuk sehingga sahabat lain boleh mencabut anak panah yang tertusuk pada belakangnya. Tapi kita...? Siap boleh ingat kunci tang mana masa solat... Soalan matematik siang tadi... Ingat nak main Call of Duty...


3. Para sahabat berpolitik untuk terapkan 100% hukum-hakam Islam. Tapi ada di antara kita menolak politik dengan alasan politik itu kotor, dan hanya suka iktikaf, zikir, dan membaca al-Quran tanpa menghiraukan pengabaian penerapan hukum-hakam Islam.


4. Para sahabat sibuk berdakwah sana-sini untuk mengembangkan Islam. Tapi ada di antara kita cukup sibuk nak jadi artis. Kononnya ada bakat, dimuatnaik dalam YouTube, facebook, dan sebagainya untuk menggapai populariti sebagai artis. Tak kiralah yang bertudung, lelaki, mahupun perempuan. Ramai sungguh yang suka benar nak jadi artis. Kan?


5. Para sahabat mencari redha Allah dengan meneladani kehidupan Rasulullah SAW. Tapi, ramai pula di antara kita meniru dan meneladani artis dalam kehidupan sehari-harian. Artis tu pakai itu-ini, kita nak tiru walau melanggar hukum syarak. Boleh jamin syurga ke?


6. Saidina Umar r.a. sendiri pergi berjalan bersama-sama pembantunya untuk melihat urusan rakyatnya, walaupun pada waktu itu tiada teknologi canggih. Beliau sendiri yang pergi mengambil makanan untuk diberikan kepada rakyatnya. Tapi pemimpin kita hari ini, walaupun teknolgi canggih sudah wujud seperti internet, kereta, telefon, dan sebagainya, urusan ummat tetap tidak terpelihara. Rakyat terus dibiarkan miskin tanpa pembelaan. Mungkin tunggu wartawan bawa kamera kot?


7. Saidina Abu Bakar r.a. menolak jawatan sebagai khalifah ketika ummat memilihnya sebagai pengganti Rasulullah SAW kerana takut memikul amanah sebagai seorang pemimpin. Tapi ramai pula pemimpin kita hari ini dok sibuk suruh undi depa, tapi bila dah naik takhta, janji ke mana, hukum syarak ke mana...


8. Para sahabat menangis mengenangkan kesalahan-kesalahan mereka. Tapi ada di antara kita menangis kerana pelajar Akademi Fantasia tersingkir.


9. Saidina Abu Bakar r.a. merupakan sahabat yang amat lembut. Tetapi beliau sangat bertegas dengan memerangi golongan yang menjadi nabi palsu dan golongan yang tidak membayar zakat. Tapi ada tak pemimpin-pemimpin kita melaungkan seruan jihad apabila al-Quran dibakar, Allah dihina, dan Rasulullah SAW dihina?


10. Para sahabat menggunakan kuasa politik untuk menerapkan 100% hukum syarak. Tapi pemimpin hari ini menggunakan kuasa politik mereka untuk mengenyangkan perut mereka dan kroni mereka. "Duit Rakyat Didahulukan, Perut Menteri dan Kroni Diutamakan".