hmmmm... semester kali ini, paling banyak dugaan dan cabaran. kawan-kawan hilang, kawan satu bilik dengan saya pun sudah mula menjarak kan diri dari saya... Para-para Senior cakap biasa la tu.. Masing-masing sudah berjumpa dengan pasangan masing-masing. Mereka sudah mula menyulam cinta.. Kawan-kawan sekeliling sudah start lupa.. Ada yang dah bosan berkawan.. dan ada yang tidak sesuai berkawan.. Macam-macam la masalah nie... Muka tampan dan cantik, bergaya dan menawan, berada dan mewah, pandai dan cemerlang, baik dan soleh, nakal dan manja,. macam-macam pilihan,kuota,syarat-syarat hendak berpasangan. Untung sangat-sangat. Hari ini penulis bukan hendak mencerita pasal pasangan-pasangan semua ini. tetapi ingin membuat perkongsian cerita tentang hati dan perasaan penulis terhadap rakan-rakan dan kawan penulis.
Penulis berasa sangat sedih dan kecewa dengan rakan-rakan dan kawan-kawan penulis. Sebenarnya penulis sudah lama memendam perasaan ini start dari semester pertama lagi. Oleh kerana penulis seorang yang dari kalangan keluarga yang sederhana penulis selalu kene tinggal oleh kawan-kawan dan rakan-rakan. Sederhana macam mana.? sederhana semua. bukan tidak bersyukur atau tidak berterima kasih, sebab ramai lagi orang yg lagi susah dari penulis. Maklum lah. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bukan sebarang tempat. disebab kan result penulis yang tidak cukup bagus ini lah yang hanya mampu melayakan penulis ketempat ini.. IPTS bertaraf Universiti. penulis ada dapat tawaran dari politeknik dalam bidang kejuruteraan di johor. Ibu dan Ayah penulis sendiri tidak yakin akan kebolehan penulis untuk membawa subjek ini. So penulis dihantar ke salah satu Universiti di Selangor. Maklum lah majoriti pelajar-pelajar di sini tergolong dari golongan mewah,berada,kaya. superbike,minicopper,easyrider bermacam lah.. kereta tempatan pun banyak. Kadang-kadang penulis cemburu dengan kemewahan yang kawan-kawan penulis ada..
RM 10 ringgit sehari.. cukup untuk makan tengahari dan makan malam. kalau nak makan special sedikit penulis akan skip makan tengahari. top up RM 5 ringgit seminggu. Print assgmnt ader la dlm RM 10 ringgit.. maklum la ipts.. harga 20 sen 30 sen melambung 50 sen sehelai.. hahaa... setiap kali kawan-kawan ajak overnight penulis mesti tolak.. sebab nanti lari bajet... RM100 seminggu.. cukup alhamdulillah rezeki allah bagi. yang selebih nya penulis simpan untuk mase akan datang.. Abah selalu pesan berjimat la along.. kedepan kite tak tahu apa akan jadi. rezeki ada lagi or tidak.. hmm..
Disebab kan kesederhanaan ni lah buat penulis sentiasa mengingati allah, bersyukur, berterima kasih, Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba nya.. :D
Nak diajadi kan cerita start semester kedua penulis sudah mula keseorangan. maklum lah disisih oleh rakan-rakan.. seluar,kasut,topi dan baju pasar malam jer.. pergi bundle cari kasut RM35 ok dah tu.. hahahahaha.. yg penting style.. PTPTN penulis baru nak apply.. stem hasil,tandatangan saper2 ntah.. huhuhu.. ader problem sikit.. insyaallah semester depan penulis akan apply ptptn..
Cakap pasal kawan-kawan penulis.. Penulis rindu sangat-sangat kat diorang. mase sem lepas diorang selalu ajak penulis makan sama-sama dekat court badminton depan hostel. makanan diorang masak sendiri.. seronok sgt2.. ieyza,shantini,farhana,datien azleen,dato'norafiqa, nazmi, hilmi.. huhuhuhu. tapi sekarang semua tinggal kenangan. haritu ada ajak lepak sama-sama macam dulu.. tapi diorang cakap busy n ada hal. lebih mengecewa kan diorang lepak bersama pasangan masing-masing. kat cafe.. hmmm.. mase tu sedih sangat. dah la sorang-sorang mase tu kat cafe. sorang pun tak tegur.. kita nak tegur jangan la.. berkerut muka diorang.. sampai sekarang.. pergi kelas sorang-sorang.. assgmnt pun buat sorang, group assgmnt dah mcm individual assgmnt.. penulis jugak siap kan.. pastu kawan-kawan datang tumpang letak nama, ic and matrick number jer.. huhuhuhu... pastu hilang mcm tu jer.. presentation lagi la.. datang jumpe amik point nak present pastu hilang camtu jer... yg baik sikit ader la bagi 2,3 helai point presentation.. hmm...
Sampai sekarang penulis sorang-sorang jer.. bukan nak promote penulis single.. tapi disebab kan keadaan penulis yang macam ni la penulis dapat berjimat.. kalau hari ini tak der kelas. kat library la jawab nya. ader jugak buku-buku yang sudi jadi kawan kita.. dari zohor sampai ke maghrib.. masjid depan library jer. mandi semua kat masjid. lepas magrib pergi pusat pelajar. makan.. pastu pergi balik masjid solat isyak pastu terus balik hostel.. jimat tau.. hahaha.. dalam seminggu ader 4 hari yang penulis free.. kelas tak der.. so ok lah tu.. huhuhu...
ok lah sampai sini jer... letih jari taip panjang-panjang. hhahahaha... ok lah.. assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment