Antara isu-isu yang timbul ialah, Akta pindaan larangan kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi berpolitik. Akta ini telah disalah tafsir oleh beberape pihak yang tidak bertanggung jawab untuk menjadi kan pelajar-pelajar ini seperti boneka mereka.Pada pemahaman penulis Akta ini membawa maksud pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di Institusi Pengajian Tinggi sama ada AWAM atau SWASTA berpolitik di dalam kawasan Institusi di Malaysia. Akta ini dibuat bertujuan untuk pelajar-pelajar menumpukan perhatian sepenuh masa didalam akademik. Tetapi apabila berada di luar kawasan Institusi pelajar tidak tertakluk dengan Akta tersebut. Namun beberapa pihak tidak bertanggung jawab memanipulasikan tujuan akta ini menyebab kan pelajar-pelajar bangkit bersuara dan memberontak. ADAM ADLI dan SAFWAN ANANG antara yang lantang suara nya dalam isu ini. Mereka meminta agar akta ini dimansuh kan dan berpendapat akta ini bertujuan untuk menutup suara-suara muda dan belia untuk bersuara. Mereka juga menyelar tindakan terbabit dan mengata kan pemerintah seorang yang zalim.
Antara isu-isu yang masih hangat tentang Universiti Selangor ialah isu pemansuhan Perbadanan Tabung Pembiayaan Tinggi Nasional (PTPTN).. Pihak pengurusan PTPTN telah membeku sementara waktu aset peminjam-peminjam dari Universiti Selangor. Selepas beberapa hari pembekuan tersebut, Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau iaitu Khairy Jamaluddin meminta agar pelajar-pelajar tidak dijadikan mangsa permainan politik dan menggesa agar pembekuan tersebut ditamat kan. Beliau menyatakan kekecewaan selepas pelajar-pelajar Universiti Selangor di jadikan mangsa keadaan politik. selepas beberapa hari pihak PTPTN mencairkan aset peminjam-peminjam pelajar Universiti Selangor.
Universiti Selangor juga pernah dikejut kan dengan berita gempar pada tahu lepas. Seorang mayat lelaki ditemui mati tergantung di kipas selepas beberape hari. Mayat mangsa ditemui oleh seorang pelajar baru. Selepas terhidu bau busuk yang kuat diasrama mangsa. Mayat tersebut adalah pelajar lelaki india, dan disyaki mati kerana putus cinta.
Selain dari itu Universiti Selangor juga terkenal dengan keindahan persekitaran yang nyaman dan bersih. Selain menyedia kan kemudahan-kemudahan untuk beriadah seperti berkayak, gimnasium berhawa dingin, padang bola sepak, padang ragbi, track larian dan tempat berteduh penonton. Universiti ini juga menyediakan perkhidmantan wifi percuma. Dimana saja anda berada di dalam kawasan universiti wifi sentiasa bersama anda. Dengan kemudahan satu rumah 3 bilik 6 orang penghuni serta 2 tandas.. sudah cukup selesa..
No comments:
Post a Comment